mood


Fish

Selasa, 6 Disember 2011

Rancangan Pengajaran Harian Tahun 2


RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 2 PINTAR

Subjek                         : Bahasa Malaysia
Tahun                           : 2 Pintar
Masa                            : 8.15-8.45 pagi
Bilangan murid              : 9 orang (2 lelaki dan 7 perempuan)
Tema                            : Flora dan Fauna
Topik                            : Alam Fauna Kita
Objektif                        : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran,guru membimbing murid untuk :-
i)                     menyatakan pendapat berdasarkan sesuatu maklumat
ii)                membaca ayat dengan memberikan penekanan pada intonasi  berdasarkan  
            tanda baca.

Hasil pembelajaran      : F.U 5.1 Membaca ayat dengan memberikan penekanan pada intonasi berdasarkan 
                                                   tanda baca.

                                       F.S 6.1 Merujuk pelbagai sumber untuk mencari maklumat berkaitan tajuk yang 
                                                   dibincangkan.     
                        
ABM                           :  gambar jenis-jenis binatang, petikan, lembaran kerja.
Sistem Bahasa             : Tatabahasa ; imbuhan,kata bual, kata nama am,kata adjektif
 Kosa kata                    : fauna, haiwan, kelompok, jinak,liar

Pengisian Kurikulum   :• Ilmu ; Sains • Nilai murni ; Kerjasama, Menyayangi haiwan

KBT                              : Kemahiran Berfikir ; Mengelaskan, Mengkategorikan, Membuat
                                        Kesimpulan, Belajar Cara Belajar, Mengamalkan pembelajaran seumur hidup

Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah mengenal jenis-jenis binatang


Langkah & Masa
Konten
Aktiviti P&P



Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Komen/
catatan
Permulaan (Starter)
(5 minit)
1.Beberapa orang murid dipilih untuk membunyikan nama binatang



Tajuk : Alam Fauna Kita
1.Guru meminta murid meneka bunyi yang dibuat oleh rakan mereka.

2. Guru mengaitkan jawapan murid dengan pelajaran hari ini. (Alam Fauna Kita)

1. Murid mendengar dan meneka bunyi yang dibuat oleh rakan mereka.

2. Murid bersoaljawab dengan guru tentang bunyi yang didengar.
Bunyi :anjing, kambing, harimau, ayam, kucing,  itik, katak, kuda)
Pengenalan
(10 minit)
Petikan Dialog
1.   Guru mempamerkan petikan dialog.



2. Guru membimbing murid membaca teks dengan sebutan dan tanda baca yang betul

3. Guru bersoaljawab dengan murid tentang petikan dialog tersebut.

a) Apakah makna fauna?



b)Apakah dimaksudkan dengan haiwan jinak?



c) Apakah yang dimaksudkan dengan haiwan liar?


1.Murid-murid dipilih untuk  melakonkan kata bual dengan sebutan dan intonasi yang betul

2. Murid-murid melakonkan kata bual dengan bimbingan guru.


3. Murid bersoaljawab dengan guru tentang teks.


a)Fauna bermakna kelompok haiwan yang hidup di sesuatu tempat.

b) Haiwan jinak ialah haiwan yang tidak buas atau tidak garang.


c)Haiwan liar ialah haiwan buas yang membahayakan manusia.
Manila kad
Langkah 1
( 10 minit)
Gambar jenis-jenis binatang
1. Berpandukan gambar, guru meminta murid mengelaskan haiwan mengikut jenis kumpulan.

a) Nyatakan haiwan  jinak yang kamu tahu.



b) Nyatakan haiwan liar yang kamu tahu.





c) Apakah haiwan yang membantu manusia dan nyatakan tugasnya?









d) Nyatakan haiwan yang boleh dimakan?


e)Apakah haiwan yang tidak boleh dimakan?



1.Murid mengelaskan haiwan mengikut jenis kumpulannya.


a) Haiwan Jinak seperti ayam, itik, arnab, siput, kambing, lembu,kuda, katak, anjing.

b) Haiwan liar seperti harimau,ular, serigala, kera, beruang, badak sumbu, singa, musang, gajah,helang, zirafah, badak air,kanggaru.


c)Haiwan yang membantu manusia ialah-;

·      anjing-mengawal rumah.
·      Gajah-mengangkat balak
·      Lebah-menghasilkan madu
·      Ayam-membekalkan makanan.



d) Haiwan yang boleh dimakan ialah ayam, kambing, lembu,itik,

e) Haiwan yang tidak boleh dimakan seperti ular, zirafah, harimau, kera, musang, dan banyak lagi.
Carta gambar haiwan-haiwan
Penutup
(5 minit)
Kuiz
1. Guru mengemukakan soalan secara individu.


2. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid.
1. Murid mendengar dengan teliti dan menjawab soalan yang dikemukakan.

2. Murid menjawab soalan secara bertulis dalam lembaran kerja yang diedarkan.




Lembaran kerja.

Rancangan Pengajaran Harian Tahun 2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan