mood


Terdapat ralat dalam alat ini

Selasa, 6 Disember 2011

Maklumat KSSR



KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

Latar Belakang

 1.      Gagasan ke 3 Ucapan Dasar Y.A.B. Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006 – menuntut supaya pendidikan Negara memberi penekanan kepada :

·        Pembangunan modal insan
·        Penghasilan pelajar celik minda
·        Pembentukan warganegara yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat
·        Program yang membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan Ulul al-bab.



2.       Teras ke 2 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan:

·        Dasar – membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni.
·        Matlamat – memastikan anak bangsa Malaysia dipupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, menerap nilai



3.       Oleh itu, kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik dan sentiasa releven bagi melahirkan modal insan yang seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa depan.


Sejarah Kurikulum Sekolah Rendah

1983                 -           Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)

1993                 -           Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)

2003                -           KBSR (semakan)

2011                  -           Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Transformasi Kurikulum

      Proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.

CIRI MODAL INSAN (SEKOLAH RENDAH)

Pada akhir peringkat pendidikan rendah, murid perlu mempunyai kemahiran asas untuk kehidupan seharian.  Antara kemahiran asas tersebut adalah seperti berikut:

·        Penguasaan kemahiran asas – membaca, menulis dan mengira
·        Kemahiran menaakul, kreatif dan inovatif
·        Kesedaran kesejahteraan diri (fizikal dan mental)
·        Percaya kepada tuhan, berakhlak mulia dan amalan nilai murni
·        Jati diri dan semangat patriotisme
·        Memahami dan menghayati budaya nasional

KONSEP KURIKULUM TRANSFORMASI SEKOLAH RENDAH

·        Berteraskan Falsafah Pendidikan Negara (FPN)

·        Berasaskan Prinsip KBSR:

-         Pendekatan bersepadu
-         Perkembangan individu secara menyeluruh
-         Peluang dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid
-         Pendidikan seumur hidup

BENTUK KURIKULUM TRANSFORMASI

Komunikasi     -                         Penggabungjalinan kemahiran bahasa  secara lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi

Sains & Teknologi  -  Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik
Penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik
Penguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi

Perkembangan Fizikal & Estetika  -  Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri
Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi

Kerohanian, Sikap & Nilai -  Penghayatan amalan agama,  kepercayaan, sikap dan nilai
Kemanusiaan  -  Penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global
Penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan

Keterampilan Diri  -  Pemupukan kepimpinan dan   sahsiah diri melalui aktiviti  kurikulum dan kokurikulum


KEMAHIRAN NILAI TAMBAH  /
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM (EMK)


KURIKULUM BERASASKAN STANDARD

Kurikulum Transformasi  Sekolah Rendah digubal berasaskan     standard kandungan dan standard pembelajaran
 

Standard Kandungan


Standard Pembelajaran


Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.


Satu penetapan kriteria    atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh  diukur bagi setiap standard kandungan.


 
Contoh Standard Kandungan & Standard Pembelajaran


Standard Kandungan


Standard Pembelajaran

Bahasa Malaysia
             Mendengar, memahami dan memberi  respon terhadap sesuatu arahan, soalan dan pesanan yang  didengar dengan betul

Bahasa Malaysia
             Mendengar, memahami dan memberikan respons dengan betul secara lisan terhadap pelbagai soalan  bercapah.

Bahasa Inggeris
             Able to express personal response to literary texts

Bahasa Inggeris
                Able to respond to:
            a.  Book covers
            b.  Pictures in books
            c.  Characters
                 with guidance

Matematik
             Menama dan menentukan nilai nombor

Matematik
Menamakan nombor hingga 100:
a.  Membilang objek dalam kumpulan.
b.     Menamakan nombor bagi kumpulan  objek sebagai mewakili kuantiti.


 
Organisasi KSSR Tahap I dan Peruntukan Masa

BIL
MODUL
MASA DALAM SEMINGGU (MINIT)
SK
SJKC

SJKT
MODUL TERAS ASAS
1
Bahasa Malaysia
360
300
300
2
Bahasa Inggeris
300
150
150
3
Bahasa Cina

360

Bahasa Tamil


360
4
Pendidikan Islam 
180
120
120
Pendidikan Moral
5
Pendidikan Jasmani
60
60
60
6
Pendidikan Kesihatan
30
30
30
7
Matematik
180
180
180
MODUL TERAS TEMA
8
Dunia Seni Visual
60
60
60
Dunia Muzik
30
30
30
Dunia Sains dan Teknologi
60
60
60
MODUL ELEKTIF
9
BCSK/BTSK/B. Arab/B. Iban*
90

Perhimpunan
30
30
30
Jumlah
1380
1380
1380









Lagi gambar haiwan